spiderman cake

saya jarang sekali mendeco cake menggunakan cake's topper kerana kesuntukan masa dan lebih gemarkan menggunakan fondant..
tetapi atas permintaan customer yg inginkan kek begitu dgn harga yg berpatutan saya terima.. kebetulan saya lbh byk melakukan kerja2 management masa kini, jadi saya luangkan sedikit masa utk melakukan kerja2 editing..
manakala assistant manager saya yg incharge bahagian baking department, beliau yg menguruskan perjalanan bakery kami mengikut SOP yg telah ditetapkan, barulah lancar.. alhamdulillah semoga istiqomah.. sedikit ghanimah disediakan utk beliau agar lebih bersemangat bekerja.. eh jauh menyimpang pulak..
baiklah.. minggu ni memang byk kek bertema.. ada tema spiderman, batman, ultraman, dan watak kesukaan frozen x tinggal..
gambar di bawah adalah salah satu kek yg akan dibawa pulang hari ini.. saya wassup gambar ke ibunya.. seronok betul ibunya dpt menunaikan hajat anak kesayangan.. ibu mana xgembira kan..  walaupun kena extra charge .. alhamdulillah.. mereka gembira saya senang hati..
kredit kpd assist. manager saya yg bertungkus lumus menyiapkan lbh 10 kek minggu ini.. alhamdulillah...
Powered by Blogger.